Sunday, 20 November 2011

Kata Seru

1. Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk melahirkan 
     pelbagai perasaan seperti marah, sakit, gembiran, hairan ,
    terkejut, geram dan sebagainya.

2.  Kata seru digunakan dalam ayat seruan.
3.  Ayat seruan ditanda dengan tanda seru ( ! ) di akhir ayat.

4.  Contoh kata seru dan fungsinya.

Bil
Kata Seru
Fungsi-digunakan untuk
Contoh Ayat
1
Wah
Menyatakan perasaan gembira atau hairan
-Wah,besarnya rumah kamu!
2
Amboi
Menyatakan perasaan mengejak atau hairan
-Amboi,mengada-ngada sunggunh budak ini !
3
Oh
Menyatakan perasaan terkejut
-Oh,kasutku kena curi!
4
Wahai
Menyatakan perasaan sayu,saying, merayu, atau untuk menarik perhatian
- Wahai adikku, belajarlah rajin-rajin sehingga berjaya!


Monday, 14 November 2011

Latihan-Ayat aktif dan Ayat Pasif

Tuliskan subjek, objek ,kata kerja dan frasa sendi bagi ayat-ayat aktif di  pasif di bawah:

1.  Hon Lim melukis gambar di halaman rumah.
        a) Subjek :
        b) Objek  :
        c) Kata kerja :
         d) Frasa sendi:

2.  Seekor burung nuri ditangkap oleh Izzaidee dengan sangkar burung
         a) Subjek :
         b) Objek  :
         c) Kata kerja :
         d) Frasa sendi:

3. Adam dan Kassim melawat Eropah pada bulan lalu.
         a) Subjek :
         b ) Objek :
         c) Kata kerja :
         d) Frasa sendi:

    4. Kurma ayam dimasak oleh ibu dengan kuali baru.         a) Subjek :
        b) Objek  :
        c) Kata kerja :
        d) Frasa sendi:


Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Ayat aktif dan ayat pasif adalah dua bentuk ayat yang berlainan
        tetapi sama maksudnya.

2. Ciri-ciri ayat aktif dan ayat pasif :
Ayat Aktif
Ayat Pasif

- Mengutamakan pelaku sebagai subjek(di depan ayat
-kata kerja biasanya berimbuhan “meN-”


-mengutamakan objek dan perbuatan ( di depan ayat)
-kata kerja berimbuhan “di-” dan diikuti dengan “oleh”(kata sendi)

 3. Ayat aktif boleh ditukar kepada ayat pasif dan sebaliknya.

Subjek/ pelaku
Ayat Aktif -Ayat Pasif

Pihak 3
Saifudin menternak ikan emas di dalam akuarium.
(subjek)   ( kata kerja)       (objek)              (frasa sendi)                Ayat Aktif


Ikan emas diternak oleh Saifudin di dalam akuarium.
(objek)        ( kata kerja)          (subjek)           (frasa sendi)           Ayat Pasif



Pihak 1 & 2

Saya/ kamu menternak ikan emas di dalam akuarium.
(subjek)          (kata kerja)     (objek)            (frasa sendi)               Ayat Aktif


Ikan emas saya/ kamu ternak di dalam akuarium.
(objek)        (subjek)     Kata kerja)    ( frasa sendi)                        Ayat Pasif

Thursday, 10 November 2011

Perkataan Banyak Makna

1.  tinggal
          a.  baki : Duitnya hanya tinggal RM1.50 sahaja
          b.  diam : Dia tinggal bersama ayah dan ibunya.

2.  tolak
          a.  menyorong : Ahmad menolak Gopal ke
                                    dalam bilik.]
          b. mengurangkan: Setelah ditolak hutang
                                        wang gaji, hanya tinggal
                                        RM 100.00 sahaja.

3. turun
          a.  menjadi rendah : Harga barang-barang  tidak
                                          akan turun lagi.
          b.  lawan bagi naik : Mereka turun dari pokok itu
                                            dengan tangga.