Monday, 31 October 2011

Perbezaan di antara "sebab" dengan "kerana"

Sebab --- bermaksud " punca"/
                  " alasan"
                   ----"reason" dalam bahasa
                 Inggeris
contoh: 1)  Berikan tiga sebab kamu tidak
                  hadir .
              2) Ali ada sebab tersendiri kenapa
                   dia tidak hadir.
kerana ---kata hubung : untuk
                  menyambungkan  sebab
                --- "because" dalam bahasa
                      Inggeris
contoh : 1) Ramu tidak hadir kerana
                  dia sakit.
               2) Susan menagis kerana dia
                    gagal dalam ujian.

Wednesday, 26 October 2011

Penggunaan Imbuhan me.....kan

Semalam saya tunjukkan cara  penggunaan
imbuhan me....kan kepada murid tahun 4
Di bawah adalah cara penggunaan:
 Imbuhan me.....kan membawa maksud,
1) menjadikan atau menyebabkan
 contoh :
 a) Keadaan orang tua yang sakit tenat itu 
 amat membimbingkan saudara-maranya. 
 b) Anai-anai telah merosakkan perabot itu.
2) melakukan perbuatan untuk seseorang
 a) Dia mengambilkan abangnya buku itu.
 b) Ibu memasakkan kami lauk yang lazat rasanya.

Tanda baca

Ciri-ciri dan penggunaan tanda baca
1. Tanda noktah ( . )
    - pada akhir ayat yang lengkap
   contoh :
   Kamus itu tebal.
2. Tanda koma ( , )
   - mengasingkan kata yang sama jenis
     dalam ayat.
   contoh:
   Zamri, Ah Seng dan Siva sukan bermain badminton,
   bola sepak dan bola tampar.
3. Tanda soal ( ? )
  - terletak di akhir ayat tanya
  contoh :
  Sudahkah dia bertolak ?
4. Tanda Seru  ( ! )
  - untuk menggambarkan perasaan
  contoh:
  Amboi, besarnya kolam itu !

Saturday, 15 October 2011

Kata Pemeri

Saya mendapati ramai murid masih keliru dengan penggunaan kata pemeri iaitu " ialah" dan "adalah"
Di sini , saya akan memberi penjelasan mengenai kata pemeri tersebut.

a) ialah ----- hadir di hadapan frasa nama
            ----- digunakan untuk menghubungkan subjek dan predikat

    contoh :   i)  Kuantan ialah ibu negeri Pahang.
                  ii)  Encik Ong ialah jurulatih wushu di sekolah saya

b) adalah---- hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

    contoh:     i) Wang derma itu adalah untuk mangsa  gempa bumi.
                    ii) Bersukan adalah baik untuk kesihatan.

Thursday, 6 October 2011

Simpulan Bahasa

      Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua patah perkataan dan membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya.
      Contohnya
       1)    ada hati                     - ada keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu
       2) gulung tikar                   - muflis atau bankrap
       3) ikut jejak                      - mengikut perbuatan seseorang
       4) berat mata                    - mengantuk
       5) angkat bakul                 - orang yang suka memuji diri sendiri